Sunday 27 November 2011

Cintaku Padamu

~✿..Jadilah dirimu KUMBANG yang HEBAT, dan DOAKAN aku menjadi BUNGA yang MEKAR..berdoalah agar aku KUAT dan TABAH menjaga kilauanku, dan aku juga mendoakan dirimu TABAH mengharungi zaman Fitnah ini..gelisah memikirkan kamu, dan ketakutanku memikirkan Tuhanku..oleh itu, aku SERAHKAN kamu pada Allah, Tuhanku dan Tuhanmu..✿~ (✿◠‿◠)

Penyatuan Adam Dan Hawa

~✿..Sesungguhnya Allah akan MENYATUKAN wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan wanita yang buruk untuk lelaki yang buruk..bukanlah baik buruk persamaan pasangan DINILAI pada wajah, tapi ianya pada HATI lelaki dan wanita itu.. PANDANGLAH sekeliling, kamu akan dapati sepasang kekasih bagai ratu dengan pengemis, kecantikan pada pasangan wanita jauh lebih cantik daripada pasangan lelaki, namun itulah HAKIKATNYA bahawa SEKUFU itu adalah pada hati bukanlah pada wajah..WANITA SOLEHAH pada padangan lelaki soleh adalah cukup BERHARGA, walau wajah tidak semanis jiwa..wanita yang MENGHIASI dunia dengan kesolehannya adalah PENGHUNI SYURGA, dan wanita yang menghias dirinya dengan dunia adalah PENGHUNI NERAKA..✿~ >>> Seandainya kamu diberikan WAJAH yang cantik, BINALAH hati secantik wajah agar Allah kurniakan TEMAN HIDUP yang berhati jernih..(✿◠‿◠)

Jadilah Hamba Yang Ikhlas

Ikhlas itu bererti setiap apa yang kita lakukan itu tidak mengharapkan apa-apa faedah, gelaran, pujian, kemuliaan dan pangkat dari sesiapa melainkan Allah s.w.t semata-mata. Islam mewajibkan setiap umatNya melakukan setiap amalan dengan ikhlas kerana ia merupakan inti pati dan penentu penerimaan amalan. Firman Allah s.w.t : "Padahal mereka tidak diperintahkan, melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadah kepadaNya dalam (menjalankan) agama dengan lurus, dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat, dan yang demikian itulah agama yang benar" (al-Bayyinah:5) Setiap amalan yang ikhlas kerana Allah s.w.t akan diangkat dan diterima olehNya. Amalan yang dilakukan dengan tidak ikhlas pula bukan sahaja tidak diterima malah menjurus kepada kemurkaan Allah s.w.t. Niat dan keikhlasan adalah saling berkait rapat. Keikhlasan akan terbit dari apa yang diniatkan. Hal ini telah disebut dalam hadith daripada Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya semua amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat dan setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya, maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu"(Riwayat Bukhari dan Muslim)