Sunday 27 November 2011

Cintaku Padamu

~✿..Jadilah dirimu KUMBANG yang HEBAT, dan DOAKAN aku menjadi BUNGA yang MEKAR..berdoalah agar aku KUAT dan TABAH menjaga kilauanku, dan aku juga mendoakan dirimu TABAH mengharungi zaman Fitnah ini..gelisah memikirkan kamu, dan ketakutanku memikirkan Tuhanku..oleh itu, aku SERAHKAN kamu pada Allah, Tuhanku dan Tuhanmu..✿~ (✿◠‿◠)

Penyatuan Adam Dan Hawa

~✿..Sesungguhnya Allah akan MENYATUKAN wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan wanita yang buruk untuk lelaki yang buruk..bukanlah baik buruk persamaan pasangan DINILAI pada wajah, tapi ianya pada HATI lelaki dan wanita itu.. PANDANGLAH sekeliling, kamu akan dapati sepasang kekasih bagai ratu dengan pengemis, kecantikan pada pasangan wanita jauh lebih cantik daripada pasangan lelaki, namun itulah HAKIKATNYA bahawa SEKUFU itu adalah pada hati bukanlah pada wajah..WANITA SOLEHAH pada padangan lelaki soleh adalah cukup BERHARGA, walau wajah tidak semanis jiwa..wanita yang MENGHIASI dunia dengan kesolehannya adalah PENGHUNI SYURGA, dan wanita yang menghias dirinya dengan dunia adalah PENGHUNI NERAKA..✿~ >>> Seandainya kamu diberikan WAJAH yang cantik, BINALAH hati secantik wajah agar Allah kurniakan TEMAN HIDUP yang berhati jernih..(✿◠‿◠)

Jadilah Hamba Yang Ikhlas

Ikhlas itu bererti setiap apa yang kita lakukan itu tidak mengharapkan apa-apa faedah, gelaran, pujian, kemuliaan dan pangkat dari sesiapa melainkan Allah s.w.t semata-mata. Islam mewajibkan setiap umatNya melakukan setiap amalan dengan ikhlas kerana ia merupakan inti pati dan penentu penerimaan amalan. Firman Allah s.w.t : "Padahal mereka tidak diperintahkan, melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadah kepadaNya dalam (menjalankan) agama dengan lurus, dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat, dan yang demikian itulah agama yang benar" (al-Bayyinah:5) Setiap amalan yang ikhlas kerana Allah s.w.t akan diangkat dan diterima olehNya. Amalan yang dilakukan dengan tidak ikhlas pula bukan sahaja tidak diterima malah menjurus kepada kemurkaan Allah s.w.t. Niat dan keikhlasan adalah saling berkait rapat. Keikhlasan akan terbit dari apa yang diniatkan. Hal ini telah disebut dalam hadith daripada Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya semua amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat dan setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya, maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu"(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Saturday 22 October 2011

Sesungguhnya kewajipan dan tanggungjawab itu melebihi masa yang ada.

Kata-kata As-Syahid Imam Al-Banna ini perlulah disematkan dalam hati agar ianya menjadi peringatan setiap kali kita terdetik untuk membuang masa pada perkara yang tidak berfaedah dan tidak menyumbang pada jemaah. Ijtima' Tarbawi Dewan Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan baru-baru ini telah meluluskan enam deklarasi yang menekankan aspek tarbiyyah, pembinaan syaksiah dan jemaah. Dalam ijtima' tersebut, Mursyidul Am, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat telah berpesan tiga perkara kepada para pemuda: Pertama, memperbanyakkan bacaan al-Quran dan zikir. Kedua, bertahajjud Ketiga, menunaikan solat Dhuha

Sunday 18 September 2011

Tirai Yang Menutupi Dosa

Fudhail Bin Iyadh adalah seorang pelaku jenayah.Hidupnya tenggelam dalam dosa dan penyimpangan.Kemudian dia bertaubat.. Pada satu hari,seseorang bertanya kepadanya,"Jika pada hari kiamat Allah bertanya kepadamu:"Apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat derhaka) terhadap tuhanmu yang maha pemurah?? (Al-Infithar :6) bagaimana kamu menjawabnya?" Fudhail menjawab."Aku akan mengatakan :"Tirai-tiraiMu yang menutupi itulah yang telah memperdayakan aku".

Sunday 24 July 2011

Belajarlah Sahabatku

Belajarlah BERSYUKUR walau KEKURANGAN
✿Belajarlah IKHLAS walau TAK RELA
✿Belajarlah TAAT walau BERAT
✿Belajarlah MEMAHAMI walau TAK SEHATI
✿Belajarlah SETIA walau BANYAK GODAAN
...✿Belajarlah MEMBERI walau TAK SEBERAPA
✿Belajarlah MENGASIHI walau kau DISAKITI
✿Belajarlah TENANG walau kau sedang GELISAH
✿Belajarlah PERCAYA walaupun SUSAH
✿Percaya bahawa Allah SWT masih sanggup menolongmu

Allah segalanya

♥ Jika SENDIRI jangan merasa sepi. Ada Allah yang MENGAWASI
♥ Jika SEDIH jangan pendam dalam hati. Ada Allah tempat BERBAGI
♥ Jika MARAH, jaga fikiran & hati. Ada Allah tempat MENENANGKAN DIRI
♥ Jika SUSAH jangan merasa pilu. Ada Allah tempat MENGADU
♥ Jika GAGAL jangan berputus asa. Ada Allah tempat MEMINTA
♥ Jika BAHAGIA jangan menjadi lupa. Ada Allah tempat MEMUJA
★❤★ INGAT ADA ALLAH DI SETIAP WAKTU KITA ★❤★

Saturday 16 July 2011

Ikramul Muslimin

Allah berfirman:Dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik dari seorang lelaki musyrik,sekalipun keadaannya menarik hati kamu.(Surah Al-Baqarah ayat 221)

Allah berfirman:Adakah orang yang beriman akan sama dengan orang fasik?Tidak,mereka tidak sama.(As-Sajdah32:18)

Allah berfirman:Kemudian kami wariskan kitab Al-quran kepada mereka yang kami pilih diantara hamba-hamba Kami(pengikut-pengikut Muhammad Saw)(Surah Fatir 35:32)

Friday 8 July 2011

Mujahidah Islamiah

Kisah seorang muslimah..
Kuat dan tabah..
Juga selalu mengalah..
Dalam suasana kesabaran berdakwah..
Menempuh perjuangan seorang da'e tanpa lelah..
Inilah pengorbanan yang sering dilakukan..
Tanpa rasa gelisah..
Apatah lagi resah..

Wajah..
Ceria..
Gembira..
Penuh cahaya..
Tanda iman terisi di dada..
Senyum mengukir tanda..
Tanda terjaya mengusir dunia..
Dunia permainan manusia..
Alpa..

Muslimah ini,,bangkit..
Berdoa sepenuh daya..
Menunaikan amanat agama..
Membawa manusia ke satu syurga..
Dengan iringan cinta pada yang Esa..
Menghalau semua durja..

Muslimah..
Kau serikandi..
Sering berdiri..
Menghitung jari-jemari..
Melunaskan janji-janji..
Dunia ini seketika nanti..
Akhirat jua kekal abadi..

Friday 27 May 2011

MASA

Masa itu emas,
Ada yang kata ibarat pedang,
Menggunakan masa mestilah dengan akal yang bernas,
Supaya perjalanan dan detik waktu tidak terbuang..


Tanpa masa tiadalah dunia,
Tanpa dunia tiadalah masa,
Inilah kitaran hidup manusia,
Ciptaan tuhan yang luar biasa..

Gunakan masa dengan sebaiknya,
Kerana masa tidak akan kembali semula,
Meskipun kita menangis tanpa hentian air mata,
Ia tetap akan pergi jua,
Meninggailkan kita yang sentiasa leka,
Tak sedikitpun ia menghiraukan kita,
Untuk laksanakan tugas yang berharga,
Itulah dia masa permata..

COUPLE

Bila dengar perkataan couple "BeRpAsAnGaN",
Takde sape lagi hairan,
Dah jadi cerita seharian,
Asyik nak puji si pasangan,
Macam tak keruan..


Bukan tak boleh nak berpasangan,
Cuma pandailah jaga batas pergaulan,
Jangan sesekali keluar berduaan,
Kan dah diharamkan,
Kalau dah tergila-gilakan kekasih pujaan,
Jangan malu dan jangan segan,
Lanjutkan pernikahan,
Agar hidup dirahmati tuhan,
Langkah ke syurga berpimpin tangan,
Semua itu bergantung amalan..

Sunday 22 May 2011

~Cinta vs Suka~

Dihadapan orang yang kita cinta , hati kita akan brdegup kencang tapi di depan orang yang kita suka , hati kita akan gembira...



Di depan orang yang kita cinta , musim cinta sentiasa berbunga-bunga...di depan orang yang kita suka , musim itu cuma berangin saja...



Jikalau kita lihat dimata orang yang kita cinta , kita akan rasa kaku...jikalau kita melihat mata orang yang kita suka , kita akan tersenyum..



di depan orang yang kita cinta ,lidah kelu untuk berkata-kata...di depan orang yang kita suka lidah bebas berkata apa saja...



Di depan orang yang kita cinta , kita menjadi malu... di depan orang yang kita suka , kita akan tunjuk imej yang sebenar



Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta..tapi.. kita selalu merenung orang yang kita suka...



" Perasaan cinta bermula dari kata... perasaan suka bermula dari telinga "



Jadi jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka , umpama kita membuang telinga kita.. Tapi jika kita cuba menutup mata , cinta berubah menjadi air mata...

~Munajat Seorang Hamba~

Dikala malam sunyi sepi

bagi insan tenggelam dalam mimpi

Musafir yang malang ini

pergi membasuh diri untuk mengadapMu

Oh Tuhan

Lemah lutut ku berdiri dihadapan Mu

tangisan ku keharuan

Hamba yang lemah serta hina

Engkau terima jua mendekati

bersimpuh dibawah duli kebesaranMu



Tuhan

Hamba belum pasti bagaimana penerimaan Mu

dikala mendengar pengaduan ku

ku yakin Kau tak mungkiri pada wahyu yang Kau nuzulkan

Kan Kau kembali menerima pengaduan ku

Engkau berjanji sudi mengampunkan ku

dari segala dosa yang ku lakukan



AmpunanMu Tuhan lebih besar dari kesalahan insan

hamba yakin pada keampunanMu Tuhan

Bukan tidak redha dengan ujian

cuma hendak mengadu pada Mu

Tempat hamba kembali nanti di sana

Bila Syaitan Dan Nafsu Bertemu

Bila syaitan dan nafsu bertemu..
Segalanya akan berlaku..
Itu kerana iman dan hati kita belum cukup ampuh..
Semua itu bergantung amal ibadah kita kepada Dia yang satu..

Kadangkala kita tidak perasan,cuai dan leka..
Dengan dunia yang semakin tua..
Semua maksiat merata-rata..
Tapi jarang yang kecewa..
Dan jarang yang berduka..
Dan jarang memikirkan iman dan agama..

Maka..

Bertaubatlah wahai teman..
Kembalilah kepada tuhan..
Yang memberi kita nikmat yang tiada tolok bandingan..
Mari kita sama2 mencari ketenangan..
Mencari keredhaan..
Mencari kebahagiaan..

Agar kita selalu dipeliharaNya..
Agar Dia selalu pelihara kita..
Agar Dia selalu menjaga kita..
InsyaAllah..